Monday, August 11, 2014

antara menunggu dan ditunggu


sore--
 
menunggu dan ditunggu. dua-dua penat. tapi entri ni wujud bila aku nampak someone (in twitter) tweet benda ni. lalu terfikir. ye lah guys benda ni tak penting pun tapi bila ada something yang berkait dengan diri aku automatic jadi macam nak fikir even tak penting.
 
kata sang peng'tweet' itu, diri nya lebih suka ditunggu daripada menunggu. sekali baca ahh kalau aku pun maybe camtu jugak. tapi sebab sikap yang terlalu berfikir tu I was like tapi ada juga orang lebih suka menunggu daripada ditunggu. aku sendiri pun kadang-kadang (mungkin sebab mood yang baik ketika itu).
 
konteks 'menunggu dan ditunggu' ini aku boleh konklusi (berdasarkan fahaman sendiri) bergantung kepada situasi. contoh situasi di mana menunggu lebih baik dari ditunggu bila cikgu masuk dalam kelas sebagai contoh yang paling senang. untuk pelajar yang macam aku (takut leteran cikgu atau takut cikgu terasa hati) ye aku memang takut untuk ditunggu. bila kau rehat lama sangat sampai cikgu datang awal sebelum kau sempat masuk kelas, waktu itulah aku rasa satu keaiban satu mungkin 'jenayah' bagi aku. imagine kau masuk kelas cikgu dah start mengajar takkan nak masuk ikut pintu belakang kot? kurang ajar sikap itu bagi aku. jadi kau terpaksa tahan muka malu bila semua orang tengok kau macam pesalah yang lakukan pembunuhan lalu depan kelas ketuk pintu, bagi salam then duduk dengan muka berlagak bodoh tanpa segan-silu bukak buku buat macam biasa.
 
contoh kedua, ni kalau bercinta lah. aku lebih untuk memilih menunggu daripada ditunggu. teori aku (perkataan teori yang dibelajar dari abang) bila mana kau seorang perempuan yang kurang pasti sebenarnya hubungan itu (atas faktor tertentu) baiklah memilih jalan ini. jap macam takde kaitan. oke contoh lain bila ditunggu ni aku rasa macam terikat dengan something. bukanlah tidak suka diri kita ditunggu tapi sebab hubungan tu kau rasa macam tak bawak kemana jadi kena mahu expect secara lebih-lebihan? ditunggu dalam hubungan ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. bertuah sangat. kalau sang lelaki itu betul serius, menunggu lama mana pun dia tetap disitu dan tak curang. tapi sebab aku perempuan; menjadi kelebihan untuk aku tahu sikap perempuan.
 
'perempuan dengan high expectations berpisah tiada'. jadi tidak pelik kalau perempuan lebih mudah jatuh hati dan remuk hati! kau perempuan selalu mengharapkan benda yang tak pasti berlaku. tapi bila mana kau memilih 'menunggu' dalam hubungan kau tau apa yang nak tunggu, kau tahu lama mana kau boleh tunggu dan kau juga yang menentukan sejauh mana hubungan itu boleh diteruskan. terlalu panjang untuk dihurai jadi tolong buat teori sendiri.
 
the last thing yang terfikir dalam benak otak bila cakap pasal menunggu dan ditunggu adalah bila ayah kau panggil kau tapi time tu kau tengah bersiap, berdandan menyebabkan kau sendiri kalut (pengalaman sendiri). untuk mengelak dari dimarah ayah baiklah menunggu dari ditunggu. *boleh fikir ayah aku tak suka menunggu orang terutama anaknya*

 

@wannurafifah_ // law-student